Majlis Graduasi Pelajar SPM 2007 & Anugerah Khas PMR 2007, telah berlangsung dengan jayanya, di Dewan Besar SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra pada sabtu , 10 Mei 2008 yang lepas. Penganugerahan sijil disampaikan oleh Yang Teramat Mulia, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan.
Pada Rabu, 5 Mei 2008, merupakan hari terakhir bagi Tuan Pengetua, En.Wan Hamzah bin Wan Daud menaburkan khidmatnya di bumi Farisian yang tercinta ini. Sesungguhnya, beliau merupakan seorang pengetua yang berjiwa besar dalam membangunkan sekolah ini.
Di bawah pimpinannya, SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, telah menempa banyak kejayaan akademik mahupun kokurikulum. Beliau adalah seorang perancang yang telah banyak membawa perubahan dalam memajukan sekolah ini. Paling dikagumi oleh pihak warga sekolah mahupun mereka yang terlibat dengan institusi pendidikan adalah beliau berjaya meletakkan jenama SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra sebagai salah sebuah sekolah yang terunggul dan dikenali di negara ini. Sesungguhnya, warga Farisian merasakan ia merupakan satu kehilangan besar dengan persaraan Tuan Pengetua, En. Wan Hamzah bin Wan Daud.
Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, sekali lagi mengekalkan kedudukan sebagai sekolah yang paling cemerlang dalam SPM 2007 peringkat Negeri Kelantan 2007.
Pada 13 April 2008 majlis pelantikan badan kepemimpinan telah berlangsung dengan jayanya. Majlis ini telah diadakan di Dewan Gemilang dan seramai 206 pelajar telah menerima watikah pelantikan ini.
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 bagi Tingkatan 1 hingga 5. Bagi tingkatan 3 dan 5 peperiksaan bermula 6 Mei, tingkatan 4 bermula 11 Mei , manakala tingkatan 1 dan 2 bermula 15 Mei sehingga 22 Mei.