Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar 2016. Dirasmikan oleh Tuan Hj. Jaafar  b. Ismail yg mewakili Yang Berbahagia Pengarah Pendidikan , Negeri Kelantan.Majlis diadakn di Dewan Sultan Muhammad V, SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra , pada Ahad 31 Jan 2016. Pada majlis ini seramai 77 orang  Pengawas Sekolah , 38 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), 40 orang Badan Pelajar Islam (BPI) , 40 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan 26 orang ketua dan penolong tingkatan kelas telah menerima watikah pelantikan.