3 pelajar SMS Tengku Muhammad Faris Petra,  iaitu Muhammad Izzat bin Khairul Hisham, Muhammad Amzar Danial bin Razak dan Muhaimin Hazmi bin Khairul Nizam telah menyertai "Malaysia Conference of Young Scientist (MyCYS ) 2016 " anjuran SMS Alam Shah dan UPM telah berjaya menambah koleksi pingat emas dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan.

Kajian bertajuk "Ethanol From Cellulose By Termites" dipertandingkan dalam domain kimia bersama 42 kajian lain dalam pelbagai domain iaitu Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi.

Konferens ini berlangsung selama 3 hari di Jabatan Biologi UPM bermula 29/01 hingga 31/01 dan telah berjaya mencungkil ramai saintis muda dan idea2 bidang penyelidikan sama ada secara "applied research atau fundamental reserch" yang setanding dengan penyelidikan antarabangsa.

Upacara penganugerahan pingat telah disempurnakan oleh Prof Dr Ahmad bin Ismail, Ketua Jabatan Biologi, Fakulti Sains, UPM.