Kejohanan Hoki SBP negeri Kelantan telah berlangsung dengan jayanya bermula 24-26 Mac 2016 bertempat di Stadium Hoki Pasir Mas.

Penyertaan dari kesemua SBP seluruh Kelantan iaitu SMACH, SCIPP, JESS, GUAMSS dan FARIS telah menyaksikan pasukan lelaki dan perempuan FARIS muncul sebagai JUARA dengan kedua2 nya menewaskan pasukan SMACH pada perlawanan akhir kejohanan, sekaligus melayakkan FARIS ke HKSBP yang akan di adakan pada April nanti.