Pada 1-3 April 2016, pasukan R&D SM Sains Tengku Muhammad Frais Petra telah menghantar 2 projek "invention science" dalam pertandingan Malaysia International Young Invention Olympiad 2016 (MIYIO) yang telah berlangsung di Perda City Mall, Bukit Mertajam.

Pertandingan peringkat antarabangsa ini mendapat 244 penyertaan dari sekolah-sekolah terhebat negara Thailand, Filipina, Singapura, Kyrgistan dan Turkmenistan selain daripada Sekolah-sekolah Berasrama Penuh, MRSM, Sekolah Harian Biasa dan Sekolah Antarabangsa dari Malaysia.

Ciptaan "Sertu Ready Soap" dari sekolah kita hasil kajian Muhammad Amzar Danial Bin Razak, 5G dan Muhaimin Hazmi bin Khai Runninzam 5A telah memikat hati para juri profesional untuk merangkul pingat emas, manakala Muhammad Izzat bin Khairul Hisham 5G melalui projek "Ethanol from Cellulose by Termites" berjaya merangkul pingat perak.

Sekalung tahniah juga buat Dr Chan Siok Gim yang mengetuai pasukan R&D FarisPetra, juga guru kimia Hafizi bin Mohamad yang turut terlibat secara langsung dalam kajian ini.