The contact component provides a way to provide contact forms and information for your site or to create a complex directory that can be used for many different purposes. Help
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya kaum keluarganya serta para sahabat dan para tabiin seluruhnya.
Bersyukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya, kita diberi kekuatan dan semangat yang tinggi untuk terus memikul cabaran globalisasi pada abad ke-21 ini. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga sekolah untuk pencapaian cemerlang tahun 2017 dalam bidang akademik, pengurusan hal ehwal murid, koakademik dan kokurikulum. Tahniah juga kepada jawatankuasa yang telah menghasilkan Manual Pengurusan 2018 yang boleh dijadikan panduan kepada warga sekolah untuk merancang dan melaksanakan segala aktiviti bagi tahun 2018.
Dalam era globalisasi ini, setiap murid seharusnya mempunyai pengatahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional agar mereka dapat bersaing pada peringkat global. Sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mensasarkan 11 anjakan transformasi sistem, guru seharusnya meningkatkan keupayaan bertaraf dunia agar dapat mencapai keberhasilan murid yang dihasratkan. Selari dengan Transformasi pendidikan gelombang ke-2 (2016 – 2020) yang berfokus kepada perkembangan aplikasi ICT dan digital dalam bilik darjah dalam merealisasikan pembelajaran abad ke-21, guru-guru haruslah memperlengkapkan keupayaan diri agar dapat menzahirkan persekitaran pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran terarah kendiri. Pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang merupakan agenda dalam PPPM haruslah diperkembangkan sejajar dengan perkembangan aplikasi ICT dan digital ini.
.
Hjh. Wan Jah bt. Yaacob
Pengetua Cemerlang
The contact component provides a way to provide contact forms and information for your site or to create a complex directory that can be used for many different purposes. Help