•  mail@smstmfp.edu.my
  •  +60 97738288

School News

Tahinah, En.Ahmad Tajab di atas perlantikan sebagai Pengetua SMK Kutan, Tumpat. Kehilangan En. Ahmad telah berkhidmat di bumi Faris Petra, selama 20 tahun amat dirasai. Bermula sebagai seorang guru biasa yang memegang berbagai jawatan seperti Warden, SU Disiplin , Ketua Panitia, seterusnya beliau dilantik sebagai PK HEM dan PK Pentadbiran. Pn. Hasnee pula akan menamatkan perkhidmatan pada Khamis, 29 Mac 2018. Selamat Bersara Pn. Hasnee, Semoga diberi kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan.

Bermula dari 1 Mac hingga 31 Mac, 2018, Program Bulan "Language Acquisition" telah dilaksanakan dan telah dirasmikan, pelancarannya oleh YBrs. Tuan Pengetua, Pn. Hjh. Wan Jah bt. Wan Yaacob. Program ini adalah dianjurkan secara bersama oleh Paniatia Bahasa Inggeris, Arab , Perancis , Mandarin dan Jepun. Program Bulan "Language Acquisition" menampilkan pelbagai aktiviti dalam pelbagai bahasa ini mampu memenuhi komponen MYP-IB. Antara objektif program adalah, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bahasa-bahasa antarabangsa dan meningkatkan kemahiran menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Jepun, Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab dengan cara yang menarik berkesan.

Majlis Persaraan Pengetua SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, YBrs. En. Mohd. Razuki bin Sulaiman dilangsungkan pada 31 Jan 2018 dalam suasana yg penuh bermakna. 
Persaraan beliau merupakan satu kehilangan yg besar kerana beliau memainkan peranan penting sebagai penentu hala tuju, penjana idea dan tenaga penggerak kepada kecemerlangan sekolah. 
Beliau mempunyai visi dan misi yang jelas untuk dilaksanakan. Beliau telah meletakkan SMSTMFP bukan sahaja di minda malahan di hatinya. 
Beliau telah menumpukan segenap masa dan tenaga untuk mengurus sekolah sehingga sekolah ini menjadi sebahagian daripada kehidupannya. 
Beliau juga merupakan seorang pengetua yang komited dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas, prihatin terhadap keperluan para pelajar dan peka dengan perkembangan dan keperluan semasa pendidikan terkini. Ilmu pengetahuan dan pengalaman luas g dimilikinya merupakan adunan ampuh yang membantu beliau meletakkan semula Faris Petra di landasan asal sekali gus mengembalikan semula kegemilangan Faris Petra.
YBrs. En. Mohd. Razuki...Selamat Hari Lahir..semoga tuan dan famili tuan dalam kerahmatan ALLAH swt. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

 

Setiap pertemuan ada perpisahan, yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.
Kekosongan kerusi Pengetua SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) kerana persaraan YBrs. En. Mohd. Razuki bin Sulaiman kini diisi dengan Tuan Pengetua baharu.

Ketibaan YBrs. Pn. Hjh. Wan Jah bt Wan Yaacob disambut dengan majlis ringkas tetapi penuh gilang-gemilang oleh warga FARIS pada 14 Febuari 2018.

Semoga SMSTMFP terus menempa keterbilangan di persada dunia dan menjadi sekolah kebanggaan negara.

2018 Bangkok International Intellectual Property Invention and Technology Exposition (IPITEX 2018)

Hampir 1000 projek inovasi dari 24 negara 

FARIS menghantar 2 projek inovasi dan berjaya memenangi 2 pingat perak
FARIS juga dianugerahkan Leading Inovation Award (gold medal 
) drpd Macao Innovation and Invention Association

Terima kasih kepada semua warga FARIS, semoga kejayaan cemerlang terus menjadi milik kita.

images/logo_bottom.png

Jalan Maktab, Pengkalan Chepa, 16100 Kelantan 

Information : 09-7738277Dolor Sit Amet

ALorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed vel lorem mollis, posuere orci ac, sollicitudin ex. Suspendisse id tempus ligula. Donec at ornare lectus. Sed quis mattis augue.

FAX : 09-7739139Dolor Sit Amet

ALorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed vel lorem mollis, posuere orci ac, sollicitudin ex. Suspendisse id tempus ligula. Donec at ornare lectus. Sed quis mattis augue.

mail@smstmfp.edu.myDolor Sit Amet

ALorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Sed vel lorem mollis, posuere orci ac, sollicitudin ex. Suspendisse id tempus ligula. Donec at ornare lectus. Sed quis mattis augue.

@ 2018 SMSTMFP WEBSITE