|
Program Kolaborasi Ke Singapore |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 01 June 2010 00:00 |
|
Pada 26-28 mei yang lepas, para pelajar dari Projek AEC Net, SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, bersama-sama dengan guru-gur sains dan matematik, telah mengadakan lawatan kolaborasi ke Singapore.Antara destinasi utama lawatan ini adalah Kuo Chuan Presbyterian Secondary School dan Singapore Science Centre .Antara obkektif lawatan ini adalah pelajar-pelajar yang terlibat dengan projek AEC Net dapat bersua muka serta para guru dapat berkongsi idea dan strategi dalam proses P&P subjek-subjek kritikal seperti Fizik, Kimia dan Biologi.
|
|
Last Updated on Thursday, 05 August 2010 20:28 |
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 31 July 2010 01:39 |
Pada 23-24 Julai yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan acara tahunan iaitu Perkhemahan Perdana 2010. Perkhemahan ini disertai oleh para pelajar Tingkatan 1,2 dan 4. Program seumpama ini amat penting dalam kalendar SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, kerana ianya banyak memberi manfaat kepada para pelajar. Acara seumpama ini, dapat melatih para pelajar dalam membentuk semangat berpasukan yang kuat, di samping ianya melahirkan para pelajar yang mempunyai ketahanan fizikal yang tinggi.Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah pertandinagan kawad kaki antara pasukan beruniform, pertandingan memasak, persembahan oleh setiap pasukan beruniform serta ceramah dan pertunjukkan oleh pihak Pasukan Bomba.
|
|
Program Outreach SK Peria |
|
|
|
|
Written by Nik Sakinah Ismail
|
|
Thursday, 05 August 2010 12:02 |
|
Program motivasi UPSR anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Badan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah dijalankan pada 4 Ogos 2010 lepas di SK Peria, Kuala Krai. Antara objektif program ini diadakan ialah memberi suntikan motivasi kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki UPSR, berkongsi pengalaman dan keseronakan belajar di Sekolah Berasrama Penuh dan juga memberi latihan kepada PRS dalam mengendalikan program. Antara slot yang sempat dilaksanakan pada hari tersebut ialah motivasi daripada kaunselor, perkongsian ilmu ( kehidupan di SBP ), Ice Breaking, Membina Matlamat Diri, Membina Keyakinan Diri Dan juga Layar Keinsafan. Program disudahi pembahagian cenderamata oleh kedua- dua sekolah.
|
|
Last Updated on Sunday, 08 August 2010 12:50 |
|
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR JEPUN KE SMSTMFP |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 12 August 2010 14:45 |
|
Pada 29 Julai 2010 lepas , SMSTMFP telah menerima kunjungan dari pelajar Jepun seramai 11 orang yang terdiri dari 8 pelajar perempuan dan 3 pelajar lelaki. Mereka merupakan pemenang “Essay Writing Competition” di bawah anjuran JICA (JAPAN INTERNATIONAL COOPERATION AGENCY) dan berpeluang melawat Malaysia dari 25-31 Julai. SMSTMFP amat bertuah kerana telah terpilh untuk menerima kunjungan mereka. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang hari tersebut. Di antaranya ialah seperti berilut:
· Persembahan Sorambushi oleh pelajar Tingkatan 4 Delta
· Lawatan sekitar kawasan sekolah
· Program Pertukaran Budaya seperti persembahan Dikir Barat dan Gamelan
(pelajar Jepun juga berpeluang mempelajarinya)
· Pemakaian Yukata oleh pelajar Jepun
· Pelajar SMSTMFP memakaikan pakaian seragam sekolah kepada pelajar Jepun
· Persembahan ‘slide show’ oleh pelajar-pelajar Jepun.
· Sesi bergambar.
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|